Want your
own Fotopage?






 
mikagami's FotoPage

By: Mohd Al Hafiz Abdul Aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 03:11 Email | Share | Bookmark
APA KATA SURVEY: PEREMPUAN KAHWIN DENGAN LELAKI LEBIH MUDA

 
Tarikh Survey : 19 September 2007
Subjek Survey : 20 Orang Lelaki
20 Orang Perempuan
Umur : 20-32 Tahun
Metode Survey : SMS

Keputusan Survey : 27 Orang mengatakan “tiada masalah”
1 Orang mengatakan “masalah”
12 Orang tidak memberi respon.

Oleh : Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz


Dewasa ini, perkahwinan di bina berdasarkan cinta, kasih sayang dan kesefahaman yang dicapai bersama. Jarang-jarang kita mendengarkan ibu bapa memainkan peranan utama dalam mencari pasangan untuk anaknya. Satu ketika dahulu, banyak perkara yang dititik beratkan dalam mencari pasangan. Taraf, pangkat, harta, keturunan, agama dan tidak lupa juga faktor umur memainkan peranan dalam memilih pasangan. Tidak dinafikan agama merupakan faktor yang paling penting dalam mencari pasangan. Kebiasaannya, lelaki akan mencari perempuan yang lebih muda atau sebaya dengannya.

Memikirkan hal ini penulis terpanggil untuk membuat satu survey di kalangan rakan-rakan penulis pandangan mereka terhadap perempuan yang berkahwin dengan lelaki lebih muda dari mereka.

Boleh dikatakan kesemua mereka mengatakan itu tidak lagi menjadi masalah pada zaman sekarang asalkan pasangan tersebut saling menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain dalam merealisasikan objektif perkahwinan itu sendiri. Suami yang lebih muda dari isteri juga perlu ‘matang’ dalam menguruskan rumah tangga dan mampu untuk menjadi ketua keluarga yang baik. Si isteri juga perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga walaupun di lebih tua dari si suami. Ini kerana, kita pernah ‘dimomokkan’ dengan cerita jika suami lebih muda dari isteri, si isteri akan bersikap ‘queen control’ dan ego dengan suami.

Ada juga pendapat mengatakan jika suami lebih muda dari isteri, apabila mencapai waktu 40-an si isteri sudah kurang berkeinginan terhadap seks dan si suami masih ‘menginginkan’ layanan seks. Ini dikhuatiri si suami akan mula kurang cintanya pada si isteri sehingga sanggup ‘makan luar’ dan poligami (bukan kerana tujuan poligami yang mengikut syariat).

Dari pandangan-pandangan yang saya terima, kesimpulannya disini perempuan berkahwin dengan suami yang lebih muda tidak akan menjadi menjadi masalah sekiranya pasangan tersebut sanggup untuk hidup bersama dan memainkan peranan dan menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan sebenar-benarnya. Ini kerana objektif perkahwinan itu sendiri tidak meletakkan seks semata-mata dalam perkahwinan. Tambahan pula, tidak ada dalil atau nas al-quran dan juga enakmen undang-undang melarang perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Sejarah juga mengatakan Nabi Muhammad S.A.W yang berumur 25 tahun ketika itu berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri dalam mewujudkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Wallahu’allam.




KATA MEREKA…


“ok ja kawen cam2, sunnah nabi.

“klu setahun dua ok ja. Gurl bersuami muda, lebih penyayang, rela buat apa sj spy suami setia pdnya xcari lain @ kedua. Stgh gurl bangga suami muda.”


“depend.no problem klu lelaki itu lebih matang, blh jadi pemimpin n pembimbing kpd p’puan tadi.”

“it’s ok selagi keduanya menyayangi n diredhai ibu bapa, itu yg penting.”

“Err ntah eh, pada aku klu each other selesa dengan diri masing-masing, why not”

“boleh je pmpn nak kawen lelaki mude. Tp da tua nanti ingt sendiri la. Pompuan da tua lelaki muda lagi, x selamat rasenye, mesti hidup penuh curiga je kat laki. Tp klu btul2 syg, kahwin je la,soal berubah ke tak, pejam mate dahla. Da 2 yang die pilihkan…”

“bg aku ok ja sebenarnya..xda slh pn, tp yg tkt nya klu laki tu or gurl tu kedepan ni xdpt terima psgan masing2..”

“Bg aku xde masalah..”

“ok pe..ape salahnya klu gurl kawen dgn org yg lebih muda dr die. Nape? Ko nak kawen eh? Hehehe” (ceh)

“klu atas dasar cinta aku rasa tak menjadi masalah.tp klu atas dasar pilihan keluarga or bkn kehendak takut nanti kes queen ctrl plak..dr segi afama n adat x jadi masalah sbb nabi dulu lebih muda dari siti khadijah..ni jelah pendapat dari aku…”

“bagi aku ok ja la,tp jgnlah jarak umoq tu jauh sgt. Sbb perempuan akan nmpk tua bile pas bersalin. Awat hang tny macam tu?hang ka?” (ceh lagi)

“bagi saya biasa je! Dah bnyk berlaku..umah sy skrg Si Gurl couple dengan Si Boy.Si gurl tua dari Si Boy.nabi kita pun isterinya lebih tua pd dia.knp? awak ke yg nak kahwin?” (haiz)

“Sah jika perkahwinan tersebut…menepati syarak dan undang2..umur lebh tua dr pasangan bukan dari perkara2 yang membatalkan perkahwinan… wa allahu alam.”

“klu dua2 pihak boleh bertolak ansur..ok…yang penting bincang dari hati ke hati.bkn apa takut ada yg pendam rasa/x puas hati di kemudian hari..tnya dia.dia dpt terima ko x..boleh hormat ko sebagai suami dll..i2 semua depends masing2..ada juga kawen pompuan 2 bahagia.” (aku??)

“pada pndpt sy x salah krn xde dalil mengatakan xboleh kahwin dgn llk lebih muda.. blh lht cth siti khadijah berkahwin dengan nabi muhammad…”

“boleh la..”

“klu gurl tu boleh terima bkl suami muda xde hal.. yang penting bakal suami dia mampu jaga dia dari segala segilah..lagi satu yang penting family gurl boleh terima. Restu family penting tau”
“ok ja..takda masalah..klu kedua2nya matang. Bg aku pd pandangan orang xjadi masalah.Cuma pada diri sendiri aku xtau la..”

“ape kes tny soalan camtu?bg aku..xde hal pun..xde masalah pun…”

“its ok.x jadi masalah..asalkan laki 2 ckup matang utk jaga gurl tu..atau dengan kata lain laki 2 boleh jadi ketua rumah tangga la..”

“ermm..pada aku, xda masalah.yang penting suka sama suka..aku pun pernah berkawan atau bercinta dengan awek yang lagi tua dari aku.tak ada masalah, yang penting jangan sesekali ungkit pasal umur. Ehe..awat wei..ehermmm…” (huh!!)

“ok je..ramai je org macam tu..xde halpun..yang penting syg menyayangi…”

“pada aku xde masalah long..yang penting lelaki n gurl tu sepahaman n ada pengertian serta selalu bertolak ansur..tp ape2 hal pun lelaki tetap perlu dihormati n menjadi ketua keluarga…”

“sekarang ni da tak kisah sangat da..yang penting laki tu kena kontrol baik2.. sbb laki umur 40 da mula nak seks lebih manakala pompuan waktu tu da malas nak seks.fikir la sendiri camne..hehehe..”

“nwdays..its not a big issue.it’s depend on couple .klu boleh match why not kan?”

“its ok wat..macam rasulullah dengan saiditian khadijah..ok per…”

“napa? Awek ko tua dr ko ka? Xda salahnya,umur tak penting..yang penting merealisasikan objektif perkahwinan tu..”





p/s: artikel di atas ditulis tidak ada kena mengena dengan peribadi penulis.sekadar mengisi masa lapang..hehe..terima kasih kepada semua responden… next ade lagi kot..kasi la tajuk…

ada apa2 ka wei?? ang x payah nak berahsia dgn aku ni.. sudah nak tarik diri dari kelab bujang jomblo ka? hahaha Fri 21-Sep-2007 12:16
Posted by:Desa  - [Link]
weii..tak dak pa2 la... SB600 tak beli lagi macam mana nak menikah.,...hehehehe Sat 22-Sep-2007 09:49
Posted by:mikagami
As'kum bro,Aku rasa aku bukan x setuju cuma tenteng kahwin perempuan lebih muda dari lelaki tu bagus cuma kita sekarang lebih maklum terlalu bnyk mslah rmh tngga pada masa ini dan kebanyakkan nya pulak dtng dari perkhwinan wnita lebih tua dari lelaki,so x slh klau kaum pompuan ni takut.Ya,kita blh banding tntng nabi kita tapi cuba kita tanya diri kita adakah kita mampu mengikut jejak langkh beliau?Bro,pada aku itu semua trplang pada hak individu tapi secara rambang pada masa kini memang ramai wanita yg takut utk khwn lelaki lbh muda.Kita harus fhm dan akur pada keadaan ini.semua wanita ingin kbhagiaan dlm rmh tangga mereka kan. Thu 27-Sep-2007 12:30
Posted by:azli
As'kum hafiz.saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dngan saudari tntng pglman cinta saya bersama teman wanita saya,sebelum ini teman wanita saya di sukai oleh seorang hamba allah yang umurnya lebih muda tapi secara terang teman wanita saya telah menolak cinta beliau dan akhirinya dia telah menerima saya.Munkin saudari kenal akan dia CIK NORHAFIZEE BINTI HASSAN. Thu 27-Sep-2007 12:44
Posted by:azli
hahahaha..ini cuma sekadar survey...takde kaitan dengan yang hidup dan yang mati.... Mon 1-Oct-2007 02:34
Posted by:mikagami  - [Link]
xkisah asalkan bahagia..................
tp skarang dah mcm trend plak............
byak sgat............
Fri 19-Dec-2008 03:53
Posted by:sarah
huhuhu...mcm kureng selesa la klu gurl kawen laki mude...tp klu btol2 mencintai ape salahnya...usia x menjadi ukuran utk seseorang tu mencari teman idup...depend pd dr masing2 la.... Tue 20-Jan-2009 03:39
Posted by:mas
mcm kureng selesa girl dpt laki mude dr die...huhuhuh
tp klu dh suke sme suke GO ON....
Tue 20-Jan-2009 03:44
Posted by:mas
x kisah la klu laki mude pun,asalkan die dpt membimbing diri kite... Tue 20-Jan-2009 03:54
Posted by:sasha
x kisah, asal tahu peranan dan responsibility masing2...
jodoh d tangan tuhan,jd kite terima dgn seadanya....
Tue 20-Jan-2009 03:57
Posted by:i-sha
bg aku bnda ni x salah dlm Islam,so mn2 gurl yg terpikat atau dipikat dgn laki2 mude truskan la destinasi cnta anda...wlu bagaimanapun, cr la yg beriman seperti MR.M....... Tue 20-Jan-2009 04:04
Posted by:achik kim
aku sgt2 setuju,lagipun bnda2 ni bkn salahpun,aslkn th batas2 agama...laki muda skrgpun dh setaraf dgn atok2 yg dl...so SELAMAT BERAMAL.... Tue 20-Jan-2009 04:24
Posted by:Aieda
"Arrijalu Qawwamuna a'la AnNisa' "....so umur bkn m'jadi ukuran...responsibility adalh segalanya...anyway as we know lelaki skrg dh banyak pupus mcm Dinasour gak,so terima je la klu die muda 10 tahun skalipun aslkn B'TANGGUNGJWB,B'IMAN N so on.... Tue 20-Jan-2009 04:32
Posted by:mas,achik,i-sha,sasha,& aieda
hurmm...rasa okey jer klo serasi..tp yelah..apa mak bapak pk nnt..
my bf 4 years youngest than me..
but he jujur, ikhlas and taje care about me..
more caring than llaki yang older than me..
so, i don't care la even dia lbh muda..heh
Sun 1-Mar-2009 15:11
Posted by:yna
bagi aku, kawen lelaki muda ni ada baiknya juga...firstly, apa yang aku tengok, lelaki muda ni penyayang, bertanggungjawab dan memahami...ni just pendapat aku la..huhu.
kalu dua2 partner tu saling menghormati antara satu sama lain...xda masalah untuk kawen la...javascript:smilie('');
javascript:smilie('');
Thu 2-Apr-2009 02:14
Posted by:cik nad
okla....awek aku pn 4 thn atas aku,ape yg penting,ikhlas..2 jer.,,. Mon 10-Aug-2009 21:53
Posted by:Han...
aku mmg bercinta dgn org lbh tua dr aku..malah aku dh kawin pun.jarak beza pun bnyk gile.aku 29 ife aku 57.tp whatever pun aku hepi bila dpkr2 blk mmg dh jodoh aku.bkn je takat ade anak yg sebaye ..tp aku dh bercucu..cucu tiri yg buat aku rase bersyukur pada tuhan sbb hadir dlm hidup aku.baby girl yg blh buat aku lupe pde segale masalah.kurniaan dr tuhan yg Maha Adil.bg aku kehidupan itu ade kekurangan,ade kelebihan.tp tambah tolak mcm mne pon..ttp dh mmg adil.tk di dunia,di akhirat.yg pntg kita sedar dn igt pada pencipta yg Maha Berkuase. Tue 1-Dec-2009 14:26
Posted by:lyhrs
salah ker kahwin dengan lelaki lebih muda daripada wanita???
ad rasa takot tak lau diinggalkan suami????
Sat 22-May-2010 08:02
Posted by:eizah_cute87
aku kawan dwngan boy lebih muda 4tahun dari aku.
die sangat baik,penyayang sangat terhapad diri aku.aku pon sayang sangat2 kat dia...firstly boy yang btol2 show respone y baik terhdap aku....tapi,aku rasa takot kerana umo die kbh muda dari aku.cm ne ni?????
tolonglah bagi pendapat kat akueeeee.......
Sat 22-May-2010 08:06
Posted by:cute87
aku kawan dwngan boy lebih muda 4tahun dari aku.
die sangat baik,penyayang sangat terhapad diri aku.aku pon sayang sangat2 kat dia...firstly boy yang btol2 show respone y baik terhdap aku....tapi,aku rasa takot kerana umo die kbh muda dari aku.cm ne ni?????
tolonglah bagi pendapat kat akueeeee.......
Sat 22-May-2010 08:06
Posted by:cute87
ok.je lau ade keserasian /kesefahaman yg penting xambil suami orang. Fri 17-Sep-2010 03:46
Posted by:eida
ok.je lau ade keserasian /kesefahaman yg penting xambil suami orang. Fri 17-Sep-2010 03:46
Posted by:eida
ok.je lau ade keserasian /kesefahaman yg penting xambil suami orang. Fri 17-Sep-2010 03:46
Posted by:eida
Erm xkisahla lg tua ke..lg muda ke...janda ke...duda ke...asalkan xambil suami org...hehe Mon 25-Oct-2010 04:02
Posted by:nana
Bergantung pada minat atau citarasa masing-masing. Saya kawin dengan wanita yang lebih 4 tahun tua. Banyak benda sama je. Tapi bagi saya ada satu yang tak sama. Isteri saya mampu beri kepuasan seks yang cukup hebat. Sat 20-Nov-2010 16:29
Posted by:amat
aku berkawan, berkenalan dan berkasih dgn seorg lelaki berumo 18 thn..sedangkan kini aku 31 thn..ntahla x penah mimpi berkwn ngan umo dia camtu... Mon 29-Nov-2010 03:49
Posted by:fafa
aku skunk tgh date ngan lecturer aku sendiri.. kami 10 taun beza umor tp aku x kesah.. bahagia je... hopefully ktorang dpt kawin x lme lg.. tp halangan family yg masalah sbb ktorang berlainanan agama n beza umor yg besar.. Sat 2-Jul-2011 18:51
Posted by:Blurry
aku dh 6 thun menjanda, x pnh sangka kawen dgn lelaki muda..aku berusia 31 dn husbandku 26...beza 5 thun..mmg byk cabaran..tp x seperti kes biasa, suamiku pula kuat cemburu pd aku yg lebih tua ni...kehidupan aku membosankan..terkongkong nk ke mana2 pun x di izinkan kalau tanpa dia..suamiku seorg yg penyayang,romantik tp panasbaran...sabar jela..aku dh slowkan langkahku untuk seiring dgn nya..tp x thu sampai bila..biarlamasa yang menentukan. Wed 18-Jan-2012 02:24
Posted by:seri mawar
salam,entahlah ye...hidup saye kebelakangan nie pun penuh dgan lelaki yang bawah umur dr sye...nak dielak makin berlarutan...hedak xhendak yang sekarang ini pun bawah umur jugak...tapi die matang dan pandai merancang...harap akan berkekalan....
sebab dapat yang sebaye pun xmemahami...dapat yang dewase pon xberfikiran baik...lebih baik berusehe mengekalkan yang mude ini..mungkin ade hikmah kan...hmmm...
yang penting matang bertanggungjawab. bukan nafsu.
Thu 3-May-2012 17:53
Posted by:wanie
cube letak tajuk, 'mengapa lelaki yang berbadan besar@berisi merase rendah diri yang terlalu bile seorang perempuan menerime die seadenye? ' seharusnye die bersyukur atau terus tertanye2 betul atau tidak perempuan itu menyenangi akan keadaanye...? Thu 3-May-2012 18:04
Posted by:wanie
Saya sedang memikirkan saorang calun untuk isteri kedua saya, samada nak diteruskan atau bagaimana? Sun 13-May-2012 14:10
Posted by:xaturen  - [Link]
ello everyone im getting married dengan laki yg muda skit.beza sethn dua jer.i bahagia dengan dia.laki lbh muda ni romantik tau n menyayangi.tapi jgn lah sampai beza byk sgt.. takut nti jd kebudakan.cinta monyet kata org. apa-apa pun pilihlah teman hidup yang boleh membawa kebahagiaan dunia akhirat tak kira tua @ muda.nite Sat 19-May-2012 15:59
Posted by:khaisha
Bagi lah pendapat coz sy firstime bercinta pasangan muda ni...im 32...he juz 19....sy yang byk cemburu dr die..die jujur...huhu pening kepala Tue 29-May-2012 10:08
Posted by:Hannie


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com